Thursday, December 01, 2011

Hijrah


Masih tak terlalu lewat kan untuk mengucap selamat menyambut Tahun Hijrah 1433 yang baru 5 hari bersama kita. Syukurlah sekarang ini masyarakat sudah lebih peka dan cerdik, menyambut kedatangan tahun hijrah bukan sekadar dengan ucap selamat tetapi mengambil iktibar disebalik asal usulnya. Pengorbanan dan dukalara serta cabaran yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah S.A.W pantas mengundang rasa simpati yang amat sangat.

Ketabahan baginda dalam menangani setiap masalah, kehebatan baginda menangkis semua cabaran dengan doa dan keyakinan kepada Allah tanpa rasa ragu dan putus asa. Inilah antara ciri-ciri kekuatan peribadi baginda yang mesti kita contohi tapi jarang dipeduli. Seringkali bila kita mengambil keputusan untuk berhijrah samada dalam kerjaya atau cara hidup, kekadang kita masih teragak-agak dengan keputusan yang diambil, melakar kemungkinan yang bukan-bukan tidak percaya bahawa apa yang kita buat sebenarnya datangnya dari ketentuan Allah. Justeru bersenanghatilah, jangan berdukacita, kalau sudah nekad melangkah ke destinasi baru teruskan dengan ilmu, istiqamah dan doa tanpa rasa jemu. InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita!

Saturday, November 19, 2011

Cakap biar serupa bikin


Bukan mudah menjadi ketua disesebuah pejabat atau jabatan. Ketua merupakan "role model" , manusia yang sepatutnya mempunyai akhlak yang terbaik dan menjadi ikutan kepada mereka yang dibawah jagaannya Akan tetapi kalau ketua sendiri dah tak betul, pandai mengarah saje tanpa panduan dan bimbingan maka macamana kakitangan bawahan nak hormat. Keluarlah berpuluh-puluh pekeliling , surat pekeliling dan surat arahan, Kalau ketua sendiri tak patuh maka jangan salahkan mereka yang dibawah jagaan melanggarnya.

Janganlah sebab kita ketua lalu tidak terikat kepada peraturan dan undang-undang, mengarah ikut sedap mulut tanpa mengkaji buruk baik dan implikasi kepada pejabat dan kakitangan. jangan marah kalau kakitangan memonteng kalau kita sendiri selalu sangat tak nampak muka di pejabat.

Contohilah falsafah kepimpian Rasulullah S.A.W dan keempat-empat Khalifah baginda. Sesekali dengarlah pandangan atau buah fikiran kakitangan bawahan kerana walaupun tidak berpelajaran tinggi tidak bermakna mereka tidak punya idea yang bernas. Ingatlah sebagai ketua kita selalu diperhatikan jadi janganlah cakap tidak serupa bikin!

Monday, November 14, 2011

Kekurangan itu satu kelebihan

Pelukis ini belum tentu dapat melakarkan lukisan seindah itu sekiranya dia masih mempunyai kedua-dua tanganya.
Kita seringkali menganggap kecacatan merupakan musibah, kekurangan yang memalukan. Pernah seorang sahabat baikku menyembunyikan anaknya yang mengidap Down Syndrome dan selepas 15 tahun ku ketahui dari orang lain. Apa yang hendak dimalukan, hanya manusia yang rendah budi pekerti dan tidak memahami akan hikmah disebalik kejadian yang Allah cipta akan memandang serung kepada mereka yang cacat.

Tanpa kita sedar mereka yang buta telah terselamat dari melakukan dosa mata begitu juga mereka yg cacat pendengaran tidak perlu mendengar kata umpat yang membingitkan telinga saban hari, dan berbahagialah mereka yang bisu kerana tidak pernah menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tidak mengata tidak mencemuh.

Berapa ramai yang berjaya dalam kehidupan dan kerjaya walaupun dilahirkan cacat atau menjadi cacat akibat kemalangan dan sebagainya. Bersangka baiklah kepada Allah mudah-mudaha rahmatNYA akan melimpah ruah. Bertimbangrasalah kepada golongan yang sedemikian agar dengan berbuat begitu kualiti peribadi kita akan meningkat dan kemuliaan diri bertambah serta disayangi segala makhluk di dunia mahupun akhirat

Friday, November 11, 2011

Berhati-hati...


Terkejut betul mengalahkan beruk yang disergah tuannya bila mendapat tahu pasangan suami isteri beranak empat di kawasan kejiranan kami yang telah lebih 20 tahun bernikah bercerai gara-gara sang isteri telah tergoda dengan lelaki lain yang didakwa lebih romantis dan hebat berbanding dengan suaminya. Semuanya gara-gara perhubungan yang terjalin melalui laman sesawang Facebook. Dia sanggup meninggalkan anak-anak demi cinta yang belum tentu kesudahannya. Dia sanggup meninggalkan suami yang diberitakan amat pemalu dan jarang sekali bercakap dengan rakan sejawat yang perempuan apatahlagi yang tidak dikenali. Dia sanggup meninggalkan anak-anak dibawah jagaan suami demi cinta. Mudah-mudahan dia telah membuat keputusan yang betul dan Allah membimbingnya. Namun apa yang penting di sini kita harus memelihara diri dari menyalahgunakan teknologi yang ada. Apapun yang dilakukan sentiasa ingat sempadan adat, undangundang dunia apatahlagi hukum agama,, ikut hati mati, ikut nafsu lesu dan ikut nafas kan terbabas.

Thursday, November 10, 2011


Lihatlah betapa indahnya suasana di anjung rumah yang dilestarikan dengan pelbagai tanaman flora dan sayuran. Sejuk dimata damai dirasa. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sukar sekali kita menemukan mereka yang memanfaatkan kawasan yang ada di sekeliling rumah. Walaupun tidak seluas seperti dalam gambar di atas namun jika bijak diolah dan rajin dijaga sudah tentu ia akan menggamit mata memandang dan menenangkan jiwa disamping menyumbang kepada memakmurkan alam yang semakin tua ini.

Wednesday, November 09, 2011

Pohon


Kata orang bijak pandai kalau mahu berjaya mesti buat betul-betul, dapatkan ilmunya, keperluannya, pohon petunjuk dan kekuatan dari Allah S.W.T. dan lakukan tanpa tanggug-tangguh sementara semangat masih meluap-luap macam buih nasi yang sedang menggelegak. Tak kiralah apa bidang sekalipun mesti yakin dan istiqamah. Kalau dah berusaha bersungguh-sungguh jarang sekali gagal, kalaupun gagal sudah tentu kita telah melakukan kesilapan maka kegagalan itu sebagai peringatan supaya kita lebih berhati-hati. Sentiasa berusaha menambah pengetahuan dalam bidang yang diceburi itu agar kita tidak ketinggalan apatahlagi dizaman teknologi yang serba pantas dna ganas. Kejayaan tidak dapat dijana sendirian, kita mesi berkongsi melakukannya dengan orang lain terutamanya keluarga dan mereka yang disekeliling kita. Sentiasa hidup di kalangan mereka yang berfikiran positif dan berwawasan serta jauhilah mereka yang hanya pandai memperlekeh dan memandang rendah kepada usaha kita. Mereka yang sentiasa memberi peransang dan galakan itu umpamanya pohon rendang ditengah padang yang luas, bukan saja manusia dapat menumpang teduh malah flora dan fauna turut merasa nikmatnya.

Monday, September 26, 2011

Anak Kunci Pintu Syurga


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di
Amerika. pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,
dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di amerika, dia berken alan
dengan salah seorang Nasrani.Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan
semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan -jalan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.
Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia
keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi
permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku
dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka
serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat
itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan
berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari
sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. pAderi tersebut mengucapkan
perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku
menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang
pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya
seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di
wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin
memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,
tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan
agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku
akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan
tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai
bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga
yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam
yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada
sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga
belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang
dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan
berj alan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang
tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab
dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah
yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua dibawah sinaran
matahari?"Mendengarpertany aan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca "Bismillah..." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,"Dan
Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra':
12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan
makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi
Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik,katak, darah, kutu dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t berfirman, "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untukkaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah
daripadanya dua belas mata air."(Al-Baqarah:60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing." (At-Takwir :1 )

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka
yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf,
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,sesungguhnya
kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang
kami, lalu dia dimakan serigala."Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata
kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub
berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Yusuf:9)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara
Keldai.Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat,
Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah
Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.
berfirman, "Wahai api dinginlah danselamatkan Ibrahim."(Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita
itu sangatlah besar." (Yusuf: 2i)

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30
daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di
malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya
dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini
disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku
takutkalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."Paderi pun berkata,
"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar
Rasulullah. "Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus
memeluk agama Islam.Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslimyang bertakwa .**

NOTA:

Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup
bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan
Al-Quran bagi membolehkan kita menangkistohmahan dan menjawab pertanyaan
orang-orang kafir.Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya
paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah.
Kerana itu(kononnya)apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang
membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam
Islam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini(membisikkan ke telinga orang
nazak)benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa
Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku
(kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan
duniawi.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah..
kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2..Insyaallah.


Ehsan dari email Sahabat Blalang